Saturday, July 10, 2010

LAPORAN DAN GAMBAR KEM PANDAI JAWI 4 JAM 2010
BULAN KEMANUSIAAN
SMK.SIMPANG GELAMI




Nama program
: Kem Pandai Jawi 4 Jam Bersama Doktor Jawi
Penganjur
: Ketua Bidang Kemanusiaan
Kerjasama
: Panitia Pendidikan Islam
Tarikh
: 9 Julai 2010
Hari
: Jumaat
Masa
: 8.00 pagi - 12.45 Tengahari
Tempat
: Dewan Ibnu Khaldun.
Tenaga Pengajar
: Dr.Jawi, Ustaz Abdul Manan Ali, Guru Pakar SMK.Tuanku Mizan, Kuala Terengganu.
Peserta
: Pelajar Islam Tingkatan 3, 4 dan 5. Jumlah yang hadir 109 orang.
Perasmian penutup
: Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin Bin Kasim.
Perjalanan Program
: Kem Jawi dimulakan dari pukul 8.00 pagi dengan ceramah berkaitan asas tulisan Jawi. Pelajar dibekalkan dengan nota dan sebuah CD. Manakala tenaga pengajar menggunakan computer dan LCD. Ceramah ini diikuti dengan latihan khusus. Ceramah berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi. Pada pukul 10.30 pagi ceramah kedua disambung berkenaan dengan formula tulisan Jawi dalam SPM dan PMR. Setiap sesi diikuti dengan latihan khusus supaya pelajar memahami setiap topic. Sesi kedua ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Kemudian pada pukul 12.40 tengah hari, Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin Bin Kasim telah merasmikan majlis penutup kem. Hasil tinjauan, pelajar inginkan program ini diteruskan pada tahun akan datang.
Koordinator
: Ketua Bidang Kemanusiaan, Che Mohd.Redza Bin Joned dengan dibantu oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam, Encik Mohd.Zulkhairi Mat Hasan.




Doktor Jawi Ustaz Abdul Manan Ali.




Doktor Jawi menunjuk ajar pelajar

Friday, July 9, 2010

KEM HAJI BULAN KEMANUSIAAN

LAPORAN KEM HAJI 2010
BULAN KEMANUSIAAN SMK.SIMPANG GELAMI

Nama Program : Kem Amali Haji Bulan Kemanusiaan
Tarikh : 7 Julai 2010
Hari : Rabu
Masa : 7.30 pagi – 12.30 Tengahari
Tempat : Makmal 1 – Teori Haji Padang – Amali Haji
Tenaga Pengajar : Ustaz Shairozi Bin Hashim, Pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar.
Kerjasama : Haji Abdul Rashid Idris, Pengurus Tabung Haji Cawangan Kuala Klawang, Jelebu.
Laporan : Semua pelajar beragama Islam dari Tingkatan 4 dan 5 berjumlah 75 orang berkumpul di Makmal 1 bagi mendengar penerangan daripada Ustaz Shairozi seawal jam 8.00 pagi dan berhenti rehat pada pukul 10.30 pagi.
Kemudian pada pukul 11.00 pagi mereka dibawa ke padang untuk ditunjukkan cara-cara sebenar mengerjakan haji sehingga pukul 12.30 tengahari.
Upacar penutup telah disempurnakan oleh Tuan haji Rosdin Bin Kasim, Tuan Pengetua SMK.Simpang Gelami.
Alat bantu : Replika Kaabah, Makam Ibrahim dan Hijir Ismail disediakan oleh pihak Tabung Haji.
Laporan disediakan : Che Mohd.Redza Bin Joned, Ketua Bidang kemanusiaan sebagai Koordinator.


Berikut adalah gambar sekitar Kem haji tersebut:

Pelajar sedang melakukan "Tawaf"


Bergambar selepas berpakaian "Ihram"




Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan


Taklimat semasa berada di "Padang Arafah"